Love, Husna
Love, Husna

Hover over the image for more



Diaries Owner Linkies Stuff

Assalamualaikum! welcome to my blog :D


Islam is my deen. Jannah is my dream. May Allah bless us all




R.I.P Part 1 ( Anggun-Akasia )

Kehidupan di SKPP8(2) banyak mengubah perspektif hidupku tentang orang lain. Aku mula-mula masuk ke kelas 1 Anggun pun pada minggu terakhir sekolah. Masih kuingat Akashah lah ketua nya.

Naik darjah 2, memandangkan aku tak pernah menghadapi ujian peperiksaan lagi, aku diletakkan di kelas hujung a.k.a last. ada juga kebaikannya seperti kelas tepi tangga sahaja namun aku tak pernah terfikir aku akan keluar dari kelas itu selamanya.

biasa lah darjah 2, macam-macam berlaku. perangai masih keanak-anakan. Namun ramai juga ingin berkawan dengan aku. entah kenapa pun sampai sekarang aku bingung. tapi aku tak berapa gemar bercakap. sebab jadi macam culture shock datang maliziya ni. pendidik-pendidik garang yang teramat malah kurang mesra. bagi pendapat aku lah, mungkin nasib aku kurang baik dapat pendidik sebegitu.
aku tak tahu macam mana, tapi tiba-tiba aku dicalonkan top 10 untuk darjah 2. tapi seingat aku BM agak teruk lah, dapat C dengan markah 53% kalau tak silap.

ke darjah 3 pula ada masalah sistem, kelas bercampur yang pandai dengan yang biasa-biasa sahaja namun kelas kedua, Akasia aku peroleh. Akasia tempat aku berkenalan dengan Aisyah-Aisyah dan Hannah. Di mana aku mulai rapat dengan Waziha Zakaria, yang juga melayan aku dengan baik sekali meskipun orang lain mengatakan aku 'bisu'.

Kami sangat rapat terutama sewaktu Kafa (Kelas Agama Fardu Ain) pada waktu petang. Walaupun kami tak pernah sama kelas di sekolah biasa, ukhuwah yang terjalin sangat rapat namun dia terpaksa berpindah ke Perak. Hubungan kami mulai renggang apabila dia ke Perak memandangkan dia jarang-jarang buka Facebook namun jasanya sebagai rakan yang ikhlas akan aku kenang selamanya. waziha cantik orangnya dan happy go lucky (a.k.a gila-gila).