
|
Love, Husna ![]() Islam is my deen. Jannah is my dream. May Allah bless us all ![]()
| R.I.P Part 1 ( Anggun-Akasia ) Kehidupan di SKPP8(2) banyak mengubah perspektif hidupku tentang orang lain. Aku mula-mula masuk ke kelas 1 Anggun pun pada minggu terakhir sekolah. Masih kuingat Akashah lah ketua nya. Naik darjah 2, memandangkan aku tak pernah menghadapi ujian peperiksaan lagi, aku diletakkan di kelas hujung a.k.a last. ada juga kebaikannya seperti kelas tepi tangga sahaja namun aku tak pernah terfikir aku akan keluar dari kelas itu selamanya. biasa lah darjah 2, macam-macam berlaku. perangai masih keanak-anakan. Namun ramai juga ingin berkawan dengan aku. entah kenapa pun sampai sekarang aku bingung. tapi aku tak berapa gemar bercakap. sebab jadi macam culture shock datang maliziya ni. pendidik-pendidik garang yang teramat malah kurang mesra. bagi pendapat aku lah, mungkin nasib aku kurang baik dapat pendidik sebegitu. aku tak tahu macam mana, tapi tiba-tiba aku dicalonkan top 10 untuk darjah 2. tapi seingat aku BM agak teruk lah, dapat C dengan markah 53% kalau tak silap. ke darjah 3 pula ada masalah sistem, kelas bercampur yang pandai dengan yang biasa-biasa sahaja namun kelas kedua, Akasia aku peroleh. Akasia tempat aku berkenalan dengan Aisyah-Aisyah dan Hannah. Di mana aku mulai rapat dengan Waziha Zakaria, yang juga melayan aku dengan baik sekali meskipun orang lain mengatakan aku 'bisu'. Kami sangat rapat terutama sewaktu Kafa (Kelas Agama Fardu Ain) pada waktu petang. Walaupun kami tak pernah sama kelas di sekolah biasa, ukhuwah yang terjalin sangat rapat namun dia terpaksa berpindah ke Perak. Hubungan kami mulai renggang apabila dia ke Perak memandangkan dia jarang-jarang buka Facebook namun jasanya sebagai rakan yang ikhlas akan aku kenang selamanya. waziha cantik orangnya dan happy go lucky (a.k.a gila-gila). R.I.P Part 2 (Anggerik 2010-2012) Darjah 4 Anggerik, aku mula rapat dengan 'QeyQey' dan the 'SMART GURLZ'. cehwah. ye aku tahu sangat lah kebudak-budakan. whateverr. tapi masa tu aku dah kawan-kawan d3 aku semua jauhkan diri, almaklumlah dah jumpa kawan baru. Aku pun berkawanlah dengan Inas, Dayang, Humairah. Pengalaman kawan dengan mereka bermula apabila guru menyuruh kami memilih ahli kumpulan dan QeyQey pun mengajak aku join mereka. Darjah 5 Anggerik aku masih sekelas dengan 'SMART GURLZ' kesemuanya namun kami mengambil haluan masing-masing. di 5 anggerik lah aku berkenalan dengan Farah Nur Zulaikha (AT & FN.CO), Qharmilah(aku lempang kau kang berdesingg) dan Hazirah(kesunyian hati ini). halemak memang kelako lah depa semua. 6 Anggerik Merah kami di 6AM dah pun macam satu family sebab ya lah, dah 3 tahun beranggerik bersama. tapi Inas dan Humairah ada di 6 A. Putih. tapi kami sama sahaja, guru besar masa tu sasar 60 orang 5A rasanya jadi gabunglah, yang dapat kedudukan nombor ganjil dalam kelas( 1,3,5,7 dsb) dari 6 Anggerik pergi ke 6AP manakala yang dapat nombor genap kat 6AM. jadi, tahu-tahulah dakdak genap ni memang berperangai sikit. masing-masing punya karenah masing-masing. Tapi memang sayanglah mereka semua. 6AM campur yang baik dengan nakal laki perempuan sama sahaja tapi kalau 6AP baik-baik je. ((alahai)) Tapi ukhuwah kami rapat lah, siap gabung nama-nama kelas menjadi 6 Anggerik Merah Jambu (Merah+Putih). Walau bagaimanapun hubungan dengan 6AMers dah makin renggang. Auni ke Nogori, Zeqry ke Ganu, Asif pula ke sekolah tahfiz. Farah di SMAPL, Afif di SAS. tapi dalam pertemuan mana kan tidak ada perpisahan? 2012 <3
Kekasih lama? Salam Alaykum, Kekasih lama? Cewah sebenarnya sekolah lama ku, SKPP82. Tempat pernah berkasih sayang sesama guru dan murid. uyoo. baru-baru ni tolong muneerah buat folio, pastu nak cari lah kan logo SKPP82 tu kan, lepas tu terjumpa gambar Husna!! http://skputrajayapresint82.blogspot.com ialah entri nya! boleh cari-cari Husna di situ~ QeyQey pun ada, pengawas dulu kan~ MeyMey pula ada kat sebelah H jee. -HR Examination
|